PAKEJ NIKAH DI THAILAND: PENYELESAIAN HALANGAN NIKAH ANDA.

Kami faham halangan nikah di Malaysia boleh menyukarkan niat suci anda. Nikahdnara menyediakan Pakej Nikah Di Thailand sebagai penyelesaian yang sah, selamat, dan dipermudahkan untuk urusan anda.

LIHAT PAKEJ & PENYELESAIAN KAMI

Menghadapi Halangan Untuk Berkahwin Seperti Ini?

💍

Poligami

💰

Belanja Hantaran Tinggi

👨‍👩‍👧

Halangan Wali

📜

Isu Dokumen

✈️

Sekatan Perjalanan

❤️

Pilihan Hati Berbeza Negara

🤫

Memerlukan Kerahsiaan

🤔

Kerisauan & Was-was

⏱️

Birokrasi Lambat

Masalah Lain

Perjalanan 5 Langkah Anda Bersama Nikahdnara: Pakej Nikah Di Thailand Yang Dipermudahkan

1. Sesi Strategi Sulit

Anda ceritakan situasi unik anda, kami rangka strategi sulit melalui pakej nikah di Thailand yang paling selamat, tepat, dan patuh Syarak sepenuhnya.

2. Penetapan Tarikh & Logistik Teratur

Anda hanya perlu tentapkan tarikh pilihan, biar kami uruskan logistik perjalanan ke lokasi pakej nikah di Thailand dengan selamat, sulit dan teratur.

3. Majlis Akad Nikah Sah

Melalui pakej nikah di Thailand ini, majlis akad nikah anda akan dikendalikan sepenuhnya oleh Wali Hakim atau jurunikah bertauliah daripada Majlis Agama Islam yang diiktiraf secara rasmi.

4. Pulang Dengan Bukti Sah

Melalui pakej nikah di Thailand kami, anda dapat pulang pada hari yang sama dengan membawa dokumen pernikahan asal yang sah dan diiktiraf sebagai bukti ikatan anda.

5. Bimbingan Pendaftaran Malaysia

Komitmen Nikahdnara tidak berakhir selepas selesai pakej nikah di Thailand. Kami akan memberikan bimbingan lengkap dan khidmat nasihat sehingga urusan pendaftaran nikah anda di Malaysia selesai dengan sempurna.

Contoh Sijil Pakej Nikah Di Thailand Sah

Sijil Nikah yang Sah & Diiktiraf Antarabangsa

Dokumen yang anda terima melalui pakej nikah di Thailand ini adalah perisai undang-undang anda. Ia merupakan bukti sahih ikatan suami isteri di sisi Syarak yang diiktiraf, sekaligus menjadi kunci utama bagi melancarkan proses pendaftaran semula pernikahan anda di Malaysia.

Pernikahan Sah Berlandaskan Fatwa Kebangsaan

Setiap pakej nikah di Thailand yang kami uruskan adalah berpandukan sepenuhnya kepada keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan (MKI). Ini menjamin bahawa pernikahan anda adalah sah di sisi Syarak dan memenuhi syarat untuk didaftarkan semula di Malaysia.

Baca Keputusan Penuh Fatwa Di Sini

Diiktiraf Oleh Badan Rasmi

Dipercayai & Diiktiraf Oleh:

Logo JAKIM Logo JKSM Logo Majlis Sheikhul Islam Thailand Logo Majlis Agama Islam Narathiwat

Pilihan Pakej Nikah Di Thailand 2026

Bimbingan & Nasihat

Masih keliru dengan pakej nikah di Thailand? Mulakan dengan bimbingan percuma & sulit bersama Nikahdnara. Kami dengar situasi anda & cadangkan pelan tindakan terbaik.

pakej nikah di Thailand akan bantu anda selesaikan masalah ini:

  • ✓ Halangan Nikah: Poligami, halangan wali, masalah dokumen & blacklist, dan lain-lain.
  • ✓ Jenis Nikah: pakej nikah di Thailand (Pakej A-E), nikah semula, nikah poligami & nikah gantung.
  • ✓ Urusan Keluarga: Cerai & rujuk di Thailand, pendaftaran di Malaysia & bantuan dokumentasi khas.

PERCUMA

Pakej A: Akad Nikah Sah & Bajet

Pakej nikah di Thailand akad nikah sahaja tanpa sijil. Khas suami isteri nak nikah semula selepas habis edah (belum buat sijil cerai) atau pasangan bajet mahu akad SAH bersama Nikahdnara.

Syarat Pakej:
  • Khas untuk pasangan Warga Malaysia sahaja.
  • Memiliki pasport (jika tiada, caj kemasukan khas akan dikenakan).
  • Bawa sijil nikah asal bagi suami isteri Nikah Semula.
Apa yang Anda Dapat:
  • ✓ Urusan akad nikah yang sah.
  • ✓ Wali Hakim yang bertauliah.
  • ✓ 2 orang Saksi.
  • ✓ Pengangkutan dari sempadan ke lokasi nikah.

❗ Info Jarak: Jika bakal isteri tak cukup 2 marhalah (92km) dari wali nasab, caj tambahan perjalanan sebanyak RM150 akan dikenakan.

⚠️ Nota Penting: Pakej nikah di Thailand ini adalah untuk akad nikah sahaja. Sijil Nikah Thailand tidak termasuk dalam harga ini, namun Nikahdnara boleh membantu menguruskannya kemudian dengan caj berasingan. 😊

RM900

Pakej C: Nikah Tanpa Pasport (WN)

Pakej nikah di Thailand khas Warganegara Malaysia (kes ‘blacklist’ atau pasport hilang). Kami uruskan laluan kemasukan khas sempadan untuk akad sah & selamat bersama Nikahdnara.

Syarat Pakej:
  • Pasangan Warga Malaysia (WN) sahaja.
  • Urusan khas untuk kes blacklist atau pasport hilang.
Apa yang Anda Dapat:
  • ✓ Urusan kemasukan khas yang teratur.
  • ✓ Urusan lengkap Majlis akad nikah rasmi.
  • ✓ Dokumen Nikah asal yang diiktiraf.
  • ✓ Wali Hakim / Jurunikah yang bertauliah.
  • ✓ 2 orang Saksi nikah disediakan.
  • ✓ Pengangkutan khas sepanjang urusan.
Nota Penting: Jika bakal isteri tak cukup 2 marhalah (92km) dari wali nasab, caj tambahan perjalanan sebanyak RM150 akan dikenakan.

RM2,300

Pakej D: Nikah Dengan Warga Asing

Pakej nikah di Thailand khas pasangan Warganegara (WN) & Warga Negara Asing (WNA) atau kedua-duanya WNA. Wajib ada pasport sah untuk proses akad & dokumentasi teratur bersama Nikahdnara.

Syarat Pakej:
  • • Warganegara (WN) VS .Warga Asing (WNA)
  • • Warga Asing (WNA) Vs Warga Asing (WNA)
  • • Memiliki pasport atau border pass yang sah.
  • • Memiliki Visa masuk Thai bagi WNA bukan asian
Apa yang Anda Dapat:
  • ✓ Proses pantas (anggaran 1-2 jam).
  • ✓ Urusan lengkap Majlis akad nikah.
  • ✓ Dokumen Nikah yang di Iktiraf.
  • ✓ Wali Hakim / Jurunikah Yang bertauliah.
  • ✓ 2 orang Saksi nikah.
  • ✓ Pengangkutan.
Nota Penting: Jika Bakal isteri tak cukup 2 marhalah (92km) dari wali nasab, caj tambahan perjalanan sebanyak RM150 akan dikenakan.

RM1,800

Pakej E: Nikah Tanpa Pasport (WNA)

Pakej nikah di Thailand khas pasangan campuran (WN & WNA) atau kedua-duanya WNA tanpa pasport. Kami urus laluan khas sempadan untuk akad yang selamat bersama Nikahdnara.

Syarat Pakej:
  • Pasangan Campuran (WN & WNA) atau WNA sahaja.
  • Menghadapi halangan nikah di Malaysia.
  • Isu pasport hilang atau tiada dokumen perjalanan.
  • Permit tamat tempoh (Overstay) atau tiada visa ke Thailand.
Apa yang Anda Dapat:
  • ✓ Urusan laluan khas sempadan selamat.
  • ✓ Urusan lengkap Majlis akad nikah rasmi.
  • ✓ Sijil Nikah & Surat Pengesahan Majlis.
  • ✓ Wali Hakim / Jurunikah yang bertauliah.
  • ✓ 2 orang Saksi nikah disediakan.
  • ✓ Pengangkutan khas sepanjang urusan.
Nota Penting: Jika bakal isteri tak cukup 2 marhalah (92km) dari wali nasab, caj tambahan perjalanan sebanyak RM150 akan dikenakan.
WNA Asian
RM2,800
WNA Selain Asian
RM3,000

Khidmat Tambahan & Bantuan Selepas Nikah

Selain pakej nikah di Thailand asas, kami turut menyediakan Bantuan & Kemudahan Selepas Nikah untuk mendapatkan Surat Konsulat & Pendaftaran Nikah Khas bagi memudahkan urusan pendaftaran anda di Malaysia.

✉️ URUSAN SURAT PENGESAHAN KONSULAT

Info Penting: Surat ini hanyalah dokumen sokongan di sesetengah negeri untuk pendaftaran, dan bukan syarat sah nikah. Malah, negeri seperti Kelantan & Pahang tidak mewajibkannya.

Namun, jika Pejabat Agama Negeri anda memerlukannya, ada 3 cara untuk dapatkan surat ini:

1. Urus Sendiri: Walk-In (Pilihan Jimat)

Anda pergi sendiri ke Konsulat dengan bantuan tunjuk ajar dari kami secara percuma. Anda perlu menunggu di Thailand selama 3 Hari 2 Malam.

*Tanggungan: Yuran konsulat (±RM150), hotel, makan & pengangkutan sendiri.
2. Pakej Sekali Jalan: Nikah dan Surat Konsulat

Selesai semua terus dalam satu trip selama 3 Hari 2 Malam.

Caj Tambahan: RM1,300 (Termasuk Hotel & Transport sepanjang menunggu).

*Nota: Makan & yuran konsulat tanggung sendiri.
3. Kiriman Ekspres: Tanpa Hadir

Pilihan fleksibel. Boleh dilanggan terus selepas nikah atau bila-bila masa kemudian (tanpa perlu anda hadir ke Thailand).

Caj Proses & Kiriman: RM2,000 (Siap ±2 minggu & pos ke rumah).

💡 Tips Jimat: Boleh nikah di Thailand dan balik daftar dahulu di Pejabat Agama. Jika perlu surat ini kemudian, baru pergi ambil sendiri atau langgan servis Kiriman Ekspres.

💎 Pendaftaran Nikah Khas Di Malaysia

Penyelesaian Pantas Tanpa Birokrasi. Pilihan alternatif bagi anda yang tidak mahu menguruskan pendaftaran sendiri atau bimbang prosedur ketat (Terutamanya Poligami Selangor & Terengganu).

  • Masalah: Risiko denda tinggi, turun naik mahkamah berkali-kali, serta isteri sedia ada dan wali nasab dipanggil.
  • Penyelesaian Kami: Pendaftaran Nikah Khas (Kaedah Perlis). Anda tidak perlu hadir ke mahkamah.

Cuma perlu hadir 2 hari sahaja di Pejabat Agama Perlis (untuk pengesahan anak mukim & pendaftaran). Sijil Nikah akan siap dalam tempoh 2-3 bulan dan dipos terus ke rumah.

Jaminan: Privasi terjaga, jimat masa & “Peace of Mind”.

Semua yang Anda Perlu Tahu

Prosedur & Dokumen Diperlukan

Untuk memastikan kelancaran pakej nikah di Thailand, ini adalah senarai dokumen yang perlu anda sediakan. Pasukan kami akan membimbing anda jika ada sebarang persoalan.

Senarai Dokumen Penting (Asal):
  • Warganegara Malaysia: Kad Pengenalan.
  • Bukan Warganegara: Pasport (bagi Bukan Warganegara Malaysia). Nota: Bakal isteri warga Indonesia juga wajib menyediakan Kartu Tanda Penduduk (KTP).
  • Status Janda: Sijil Perakuan Cerai Sah (asal).
  • Status Balu: Sijil Nikah dengan arwah suami & Sijil Mati Suami (asal).
  • Mualaf: Surat Perakuan Memeluk Islam yang sah (asal).
  • Belum Memeluk Islam? Jangan risau. Kami sediakan khidmat syahadah percuma sebelum akad nikah, lengkap dengan surat pengesahan rasmi dari Majlis Agama Thai.

Tempat Pertemuan & Lokasi Nikah

Untuk memastikan perjalanan anda teratur, semua urusan bermula dari lokasi pertemuan utama kami.

  • Lokasi Pertemuan: Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra (Masjid Beijing), Rantau Panjang, Kelantan. [Pautan Peta]
  • Bimbingan Penuh: Saya atau pasukan akan menjemput dan membawa anda dan pasangan masuk ke Thailand untuk semua urusan sehingga selesai.
  • Kemudahan Parkir: Anda boleh meletakkan kenderaan anda dengan selamat di kawasan masjid jika anda memandu.
  • Lokasi Nikah: Proses akad nikah akan dijalankan di pejabat rasmi Majlis Agama Islam Narathiwat yang diiktiraf.

Syarat Sah Bakal Suami & Isteri

Kami memastikan setiap pernikahan mematuhi syarat sah yang ditetapkan Syarak.

  • Syarat Suami: Mesti seorang Islam, lelaki yang tertentu, dengan kerelaan sendiri, dan tidak mempunyai halangan syarak (bukan mahram, tidak cukup 4 isteri).
  • Syarat Isteri: Mesti seorang Islam, perempuan yang tertentu, dan tidak mempunyai halangan syarak (bukan mahram, tidak dalam iddah, bukan isteri orang).

Asas Kesahan & Pengiktirafan (Fatwa & Rukun)

Keyakinan anda adalah keutamaan kami. Ini adalah asas hukum yang menjadi pegangan kami.

  • 5 Rukun Nikah: Pengantin Lelaki & Perempuan, Wali yang Sah, Dua Saksi yang Adil, Ijab & Qabul.
  • 4 Syarat Fatwa MKI: Pernikahan mengikut rukun, melebihi dua marhalah, tiada halangan mahkamah, dan dijalankan oleh wali hakim yang diiktiraf. [Pautan ke Laman Rasmi Fatwa]

Proses Tempahan & Bayaran

Proses kami telus dari awal hingga akhir.

  1. Langkah 1 (Tempahan): Hubungi kami untuk memilih tarikh. Deposit (jika berkaitan) atau hantar gambar pengenalan diri melalui whats app diperlukan untuk mengesahkan tempahan tarikh nikah anda.
  2. Langkah 2 (Bayaran Penuh): Baki bayaran dibuat secara tunai di Thailand sebelum akad nikah bermula.

Dengarkan Apa Kata Mereka yang Telah Kami Bantu

Persoalan Lazim Mengenai Pakej Nikah

Bagaimana jika wali saya tidak dapat hadir atau tidak bersetuju?

Ini adalah salah satu kepakaran kami. Sekiranya wali nasab tidak dapat hadir atas sebab yang dibenarkan Syarak (seperti jarak melebihi 2 marhalah atau keengganan tanpa sebab syarie), urusan pernikahan akan dijalankan menggunakan Wali Hakim yang diiktiraf sepenuhnya oleh pihak berkuasa agama Islam di Thailand. Kami akan uruskan segalanya untuk anda.

Berapa lama proses akad nikah di sana?

Proses pakej nikah di Thailand kami direka untuk kecekapan. Keseluruhan proses di sempadan dan di Majlis Agama Islam biasanya hanya mengambil masa anggaran 1-2 jam sahaja.

Adakah sijil nikah ini diiktiraf di Malaysia?

Ya, 100%. Sijil nikah rasmi yang anda terima adalah sah dan diiktiraf sebagai dokumen asas untuk memulakan proses pendaftaran semula di Malaysia. Kami turut menyediakan perkhidmatan pendaftaran khas untuk memudahkan anda.

Bagaimana cara pembayaran dibuat?

Untuk ketelusan, deposit hanya diperlukan untuk sesetengah pakej khas. Baki bayaran penuh dibuat secara tunai di Thailand apabila anda sudah bersama kami, sebelum akad nikah bermula.

Sedia Untuk Mengambil Langkah Pertama?

Dapatkan bimbingan mengenai pakej nikah di Thailand yang sah, sulit, dan selamat secara percuma hari ini.

Scroll to Top