NIKAH THAILAND
SAH & PANTAS
Selesaikan isu Poligami, Wali, atau Birokrasi dengan segera. Pakej Nikah Asas (B) kami Sah Syarak & Dijamin Boleh Daftar di Malaysia.
LIHAT PAKEJAdakah Ini ‘Halangan’ Perkahwinan Anda?
Poligami
Halangan Wali
Belanja Hantaran Tinggi
Birokrasi Lambat
Memerlukan Kerahsiaan
Kerisauan & Was-was
Penyelesaian Mudah & Cepat
Pakej Nikah Asas (B) khas untuk Warganegara Malaysia dengan pasport.
4 dokumen Nikah rasmi dijamin sah dan diiktiraf
Pakej Nikah Asas (Pakej B)
Apa yang Anda Dapat:
- Atasi Halangan Birokrasi: Proses ultra-pantas (anggaran 1-2 jam sahaja).
- Atasi Halangan Wali: Penyediaan Wali Hakim bertauliah (jika perlu).
- Atasi Was-was Anda: Dokumen Nikah Sah & Diiktiraf (selari Fatwa MKI) **serta boleh daftar di Malaysia.**
- Atasi Kerumitan: Urusan lengkap termasuk 2 Saksi yang adil.
- Termasuk pengangkutan & insurans perjalanan.
Syarat Pakej:
- Pasangan Warga Malaysia sahaja.
- Memiliki pasport atau border pass.
- Nota Penting (Syarat 2 Marhalah): Jika lokasi bakal isteri berada kurang 92km dari wali nasabnya (yang enggan), kami perlu menguruskan pernikahan di lokasi khas yang lebih jauh untuk mematuhi syarat sah. Caj tambahan RM150 akan dikenakan untuk kos logistik (perjalanan, jurunikah & tempat).
🚫 Tiada Pasport? Lihat Solusi Tanpa Pasport
🌍 Pasangan Warga Asing? Lihat Pakej Warga Asing
Proses 5 Langkah Mudah & Teratur

1. Hubungi & ‘Lock’ Tarikh
Hubungi kami. Hanya hantar gambar IC untuk tempah tarikh. Tiada deposit awal diperlukan.

2. Bertemu & Masuk Thailand
Kami jemput di Masjid Beijing Rantau Panjang (9.30 pg) dan masuk ke Thailand. Bayaran penuh di sana (Kaunter Tukaran Wang).

3. Temuduga & Akad Nikah
Sesi temuduga ringkas dan akad nikah dijalankan di Pejabat Majlis Agama Islam Narathiwat.

4. Pulang Dengan Bukti
Selesai majlis, anda pulang dengan dokumen bukti nikah. *Sijil Asal siap serta-merta atau dipos dalam 14 hari bergantung pada proses pejabat majlis.

5. Bimbingan Pendaftaran
Khidmat kami berterusan. Kami berikan panduan lengkap untuk anda mulakan proses pendaftaran di Malaysia apabila anda pulang nanti.
Sah, Selamat & Diiktiraf
Proses Telus & Syarat Jelas
📄 Prosedur & Dokumen Diperlukan
Untuk memastikan kelancaran, ini adalah senarai dokumen yang perlu anda sediakan.
- Warganegara Malaysia Sahaja: Kad Pengenalan (MyKad) DAN Pasport Antarabangsa atau Border Pass yang sah.
- Status Janda: Sijil Perakuan Cerai Sah (asal).
- Status Balu: Sijil Nikah dengan arwah suami & Sijil Mati Suami (asal).
- Mualaf: Surat Perakuan Memeluk Islam yang sah (asal).
Belum Memeluk Islam? Jangan risau. Kami sediakan khidmat syahadah percuma sebelum akad nikah, lengkap dengan surat pengesahan rasmi dari Majlis Agama Thai.
📍 Tempat Pertemuan & Lokasi Nikah
- Lokasi Pertemuan: Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra (Masjid Beijing), Rantau Panjang, Kelantan. [Pautan Peta]
- Bimbingan Penuh: Saya atau pasukan akan menjemput dan membawa anda dan pasangan masuk ke Thailand untuk semua urusan sehingga selesai.
- Kemudahan Parkir: Anda boleh meletakkan kenderaan anda dengan selamat di kawasan masjid jika anda memandu.
- Lokasi Nikah: Proses akad nikah akan dijalankan di pejabat rasmi Majlis Agama Islam Narathiwat yang diiktiraf.
🤝 Syarat Sah Bakal Suami & Isteri
Kami memastikan setiap pernikahan mematuhi syarat sah yang ditetapkan Syarak.
- Syarat Suami: Mesti seorang Islam, lelaki yang tertentu, dengan kerelaan sendiri, dan tidak mempunyai halangan syarak (bukan mahram, tidak cukup 4 isteri).
- Syarat Isteri: Mesti seorang Islam, perempuan yang tertentu, dan tidak mempunyai halangan syarak (bukan mahram, tidak dalam iddah, bukan isteri orang).
⚖️ Asas Kesahan & Pengiktirafan (Fatwa)
Keyakinan anda adalah keutamaan kami. Ini adalah asas hukum yang menjadi pegangan kami.
- 5 Rukun Nikah: Pengantin Lelaki & Perempuan, Wali yang Sah, Dua Saksi yang Adil, Ijab & Qabul.
- 4 Syarat Fatwa MKI: Pernikahan mengikut rukun, melebihi dua marhalah, tiada halangan mahkamah, dan dijalankan oleh wali hakim yang diiktiraf. [Pautan ke Laman Rasmi Fatwa]
Jaminan Pendaftaran: Sijil nikah yang dikeluarkan adalah sah, diiktiraf, dan boleh didaftarkan di Malaysia mengikut prosedur undang-undang keluarga Islam negeri masing-masing.
💳 Proses Tempahan & Bayaran
Proses kami telus dari awal hingga akhir.
- Langkah 1 (Tempahan): Hubungi kami untuk memilih tarikh. Hanya hantar gambar pengenalan diri (IC) pasangan muka depan melalui WhatsApp untuk mengesahkan tempahan tarikh nikah anda.
- Langkah 2 (Bayaran Penuh): Bayaran penuh dibuat secara tunai di Thailand (Kaunter Tukaran Wang) sebelum perjalanan ke lokasi nikah diteruskan.
Dengarkan Apa Kata Pasangan Kami
“Alhamdulillah, En. Azahari uruskan semuanya dengan lancar. Sangat profesional.”
– En. Amir & Pn. Sarah
“Sangat mudah dan pantas. Terima kasih Nikahdnara kerana memudahkan urusan kami.”
– En. Badrul & Pn. Ika
“Ayah saya enggan walikan tanpa sebab yang munasabah. Proses di Malaysia sangat lama. Nikahdnara uruskan semuanya menggunakan wali hakim dengan sangat profesional. Syukur, kami dah selamat.”
– Pn AsiahJANGAN TANGGUH LAGI, HALALKAN HUBUNGAN ANDA HARI INI.
Kami uruskan birokrasi & kerumitan. Anda dan pasangan hanya hadir untuk akad nikah yang Sah, Mudah dan Pantas. Pakej B (RM1,500) Penyelesaian lengkap anda.



