PERKHIDMATAN NIKAHDNARA
Pakar Nikah, Cerai, Rujuk, Dokumen Thailand &
Daftar Malaysia
.
Penyelesaian PANTAS, MUDAH & SULIT. Jaminan PROFESIONAL.
100% Patuh Syarak
Rahsia & Selamat
Dipercayai Ramai
Senarai Perkhidmatan
Solusi lengkap Nikah, Cerai, Rujuk Thai & Daftar Malaysia untuk keperluan anda.
Popular
Pakej Nikah Di Thailand
Penyelesaian Nikah Thailand yang Sah, Mudah & Pantas. Pakar selesaikan isu Poligami, Wali & Halangan Nikah Di Malaysia.
Pakej Cerai & Rujuk Thailand
Pengurusan Cerai Talak, Taklik, Fasakh & Rujuk yang SULIT. Prosedur Patuh Syarak, Profesional & Menjaga Maruah Anda.
Daftar Nikah Di Malaysia
Pendaftaran Semula Nikah guna ‘Kaedah Pendaftaran Khas Kami’ yang Mudah & Berkesan. Termasuk Khidmat Peguam Syarie & Bimbingan Percuma.
Urusan Dokumentasi Khas
Sijil Hilang atau Palsu? Kami urus Carian Rekod, Cabutan Sijil, Pengesahan Majlis, Konsulat, Endorsan Wisma Putra & Pemutihan. Cepat & Sah.
Panduan & Soalan Lazim
Info Perkhidmatan Nikahdnara.
Bagaimanakah prosedur akad nikah dijalankan di Thailand?
Nikahdnara akan menjalankan prosedur pernikahan di Majlis Agama Islam Wilayah Narathiwat yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
Bagi memastikan kelancaran, anda wajib membawa dokumen asal yang lengkap. Pegawai bertugas akan menyemak dokumen terlebih dahulu bagi mengelakkan permohonan ditolak. Setelah dokumen disahkan lengkap, barulah pasangan dibenarkan mengisi borang permohonan rasmi.
Seterusnya, akad nikah akan disempurnakan oleh Jurunikah Bertauliah menggunakan kuasa Wali Hakim yang sah sebagai penyelesaian bagi kes poligami atau wali enggan. Selesai majlis, anda akan terus menerima dokumen nikah rasmi yang lengkap untuk dibawa pulang.
Adakah urusan Cerai dan Rujuk di Thailand dikendalikan secara sulit?
Ya, Jaminan 100% SULIT. Kami amat menitikberatkan privasi pelanggan. Segala urusan perceraian (Talak, Fasakh, Taklik) atau Rujuk dikendalikan dengan penuh kerahsiaan dan profesional tanpa pengetahuan pihak luar.
Proses dijalankan secara tertutup di Majlis Agama Islam Wilayah mengikut lunas Syarak. Kami komited untuk menyelesaikan kemelut rumah tangga anda dengan cara yang paling bermaruah, sah, dan tenang.
Mengapa saya perlu mendaftarkan semula nikah Thailand di Malaysia?
Secara asasnya, Sijil Nikah Thailand yang dikeluarkan adalah sah di sisi Syarak dan boleh digunakan sebagai bukti pernikahan tanpa perlu risau tentang kesahihan akad tersebut. Walau bagaimanapun, pendaftaran semula di Malaysia amat disarankan bagi menjamin masa depan keluarga dan melancarkan urusan rasmi dengan kerajaan.
Ini penting demi masa depan anak yang bakal lahir supaya boleh didaftarkan berbintikan bapa, mendapat status warganegara yang sah, dan memudahkan urusan persekolahan kelak. Selain itu, pendaftaran juga memberi jaminan hak undang-undang penuh kepada isteri dan anak-anak untuk menuntut hak di Mahkamah Syariah seperti nafkah, harta sepencarian, atau pembahagian harta pusaka (Faraid) sekiranya berlaku kematian atau perceraian. Ia juga berfungsi sebagai rekod rasmi negara untuk mengemaskini status perkahwinan anda dalam sistem Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi mengelakkan sebarang kerumitan birokrasi pada masa hadapan.
Jika anda bercadang untuk mendaftar, Nikahdnara sedia membantu memudahkan proses tersebut melalui ‘Kaedah Pendaftaran Khas’ kami. Kami juga menyediakan bimbingan percuma tentang cara-cara mendaftar supaya anda tidak keliru.
Apakah itu Urusan Dokumentasi Khas?
Urusan Dokumentasi Khas adalah perkhidmatan khusus bagi menyelesaikan masalah dokumen nikah atau cerai Thailand yang hilang, rosak, atau diragui kesahihannya (palsu/sindiket). Perkhidmatan ini merangkumi Carian Rekod untuk menyemak kesahihan data dalam sistem Majlis Agama Islam Thailand, serta Cabutan Sijil Asal bagi menggantikan sijil yang hilang dengan dokumen original yang sah. Kami juga menguruskan Surat Sokongan seperti Surat Pengesahan Majlis Agama, Surat Konsulat, dan Endorsan Wisma Putra bagi tujuan pendaftaran, di samping membantu proses Pemutihan untuk membetulkan status nikah siri atau sindiket supaya sah di sisi undang-undang.
Ini adalah penyelesaian lengkap daripada Nikahdnara bagi memastikan dokumen anda teratur dan lengkap sebelum urusan pendaftaran di Malaysia boleh dibuat.
Apakah senarai dokumen lengkap yang perlu saya sediakan sebelum urusan nikah di Thailand?
Untuk memastikan urusan bersama Nikahdnara berjalan lancar tanpa sebarang masalah di sempadan atau pejabat agama, anda wajib menyediakan dokumen ASAL (Original). Ini termasuk Kad Pengenalan (MyKad) bagi kedua-dua bakal suami dan isteri serta Pasport atau Pas Sempadan (Border Pass) yang masih sah laku (minimum 6 bulan) untuk urusan imigresen. Jika anda mempunyai masalah pasport, sila maklumkan kepada kami lebih awal. Selain itu, Surat Cerai atau Sijil Mati wajib dibawa bagi wanita yang berstatus Janda atau Balu sebagai bukti tempoh iddah telah tamat, manakala Kad Perakuan Memeluk Islam diperlukan bagi pemohon yang berstatus Mualaf. Sila pastikan semua dokumen ini dibawa bersama pada hari kejadian kerana kegagalan membawa dokumen asal boleh menyebabkan urusan nikah anda tertangguh atau ditolak.
Bagaimana Perkhidmatan Nikahdnara membantu isu Wali dan Poligami?
Nikahdnara menyelesaikan isu ini melalui penggunaan kuasa Wali Hakim yang sah di Majlis Agama Islam Thailand. Bagi kes Wali Enggan atau sukar dikesan, kaedah ini membolehkan pernikahan diteruskan mengikut hukum Syarak yang sah tanpa perlu konfrontasi keluarga. Untuk urusan Poligami, kami memudahkan proses akad nikah yang sah dan diiktiraf tanpa perlu melalui prosedur kebenaran mahkamah yang rumit di Malaysia terlebih dahulu. Kedua-dua situasi ini dikendalikan secara profesional, mematuhi hukum agama, dan dijamin sah bagi tujuan pendaftaran semula di Malaysia.
Apakah prosedur pada hari urusan dan bagaimana cara tempahan?
Proses tempahan bermula mudah dengan semakan dokumen melalui WhatsApp, dan setelah lulus, tarikh akan ditetapkan mengikut kekosongan jadual. Pada hari urusan, pastikan anda membawa dokumen yang diperlukan sebagaimana yang telah dibincangkan. Kita akan bertemu di Masjid Beijing Rantau Panjang tepat jam 9.30 Pagi, di mana team kami akan menjemput dan membawa anda terus ke lokasi urusan nikah di Thailand dengan selesa. Bayaran penuh perlu diselesaikan di Thailand (tempat pengurup wang) sebelum akad nikah bagi melancarkan urusan majlis, bayaran wali, dua orang saksi, dokumen nikah, pengangkutan, insurans dan hal berkaitan. Urusan ini selesai dengan pantas dalam masa 2-3 jam sahaja, di mana pasangan akan terus menerima dokumen nikah yang sah dan lengkap sebelum dihantar pulang ke sempadan dengan selamat dan tenang, tanpa risiko ditipu ulat sempadan.
