Mengenai kami

logo nikah di nara

nikahdnara

Pengenalan

Perutusan Penolong Agama Allah (PAA)


 
Assalamualaikum w.b.t.
 
Kami ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi mengunjungi laman web rasmi Nikahdnara.
 
Laman web ini merupakan salah satu inisiatif kami untuk menyediakan informasi mengenai perkhidmatan yang ditawarkan oleh Nikahdnara, selain info-info berkaitan pengurusan pernikahan dan hal ehwal perkahwinan di Thailand dan Malaysia.
 
Membuka lembaran baru, laman web Nikahdnara tampil dengan wajah baharu serta ciri-ciri yang lebih efektif dan mesra pengguna bagi memudahkan maklumat dapat dicapai dengan pantas dan berkesan.
 
Kami amat menghargai sekiranya anda mempunyai sebarang pandangan dan cadangan ke arah penambahbaikan laman web ini, khususnya bagaimana seharusnya maklumat yang perlu kami paparkan untuk membantu peningkatan maklumat yang anda perlukan.
 
Selamat melayari laman web Nikahdnara.
 
Sekian.
 
Yang Benar
 
En. Azahari Bin Ahmad
Penolong Agama Allah (PAA) – Nikahdnara

azahari - Penolong Agma Allah (PAA)

Misi| Visi | Objektif |Etikal | Selogan | Nilai Bersama

Misi

Memperkukuh Tadbir Urus Pernikahan Melalui Pendekatan Rahmah untuk Kesejahteraan Ummah

Visi

Peneraju Utama dalam Pengurusan Pernikahan Rakyat malaysia yang Halal dan Sah di Thailand.

Objektif

1.    Memastikan Ajaran Islam dan Proses Pernikahan Sah Tersebar Luas Kepada Masyarakat.
2.    Membentuk Kepimpinan yang Berwibawa dan Melahirkan Tenaga Pengurusan yang Terlatih, Berketerampilan, Dedikasi, dan Berhikmah.
3.    Menghasilkan Sistem Pengurusan Pernikahan yang Berteraskan Nilai dan Etika Islam.

Etika Kerja

-> Bekerja dengan Kesabaran dan Ketakwaan.
-> Memberi Khidmat dengan Profesionalisme.
-> Bertindak sebagai Satu Pasukan.
-> Bersedia Memimpin dan Dipimpin.

Slogan

” Kalimah ALLAH Dijulang tinggi dari Segalanya, Syariat Islam dipatuhi dan dituruti Serta menyuburkan dan memperkukuhkanya”

Nilai Bersama

Warga Nikahdnara berpegang kepada lima (5) Nilai Bersama dalam melaksanakan misi ke arah pencapaian visi yang ditetapkan, iaitu:

1. Penolong Agma Allah

Mempunyai jati diri yang berjiwa Penolong Agma Allah dan merdeka dalam berkhidmat untuk agama, bangsa, dan negara berdasarkan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.

2. Amal Makruf Nahin Mungkar

Berkhidmat dengan penuh keimanan, keikhlasan, dan integriti melalui etika kerja yang sistematik, efisien, dan konsisten demi menghasilkan impak yang cemerlang

3. Amanah

Menjalankan tugas dengan penuh iltizam, dedikasi, dan rasa tanggungjawab selaras dengan aku janji yang telah diikrarkan.

4. Kerjasama

Menggembeleng tenaga, pengetahuan, dan pengalaman melalui semangat kerja berpasukan yang tinggi untuk mencapai visi dan misi organisasi.

5. Mardhatillah

Bekerja berlandaskan prinsip-prinsip syariah ke arah memartabatkan ummah demi mencapai keredhaan Allah SWT.

Placeat Euismod
Honeymoon Places
Events Nailed
Exclusive Destinations
We Plan Wedding’s That Are

Grand

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Ut elit tellus, luctus nec ullamcorper mattis, pulvinar dapibus leo.

SEND US A MESSAGE​

Deleniti sunt elementum rhoncus nostrud eveniet, ac deleniti magna veniam.

First Name
Email
Last Name
Message
The form has been submitted successfully!
There has been some error while submitting the form. Please verify all form fields again.
Scroll to Top